Cinta tanpa sedar? Aku tak rasa itu wujud dalam diri aku,
mungkin pada orang lain ya! Ada,
tapi tidak aku! Bagi aku yang tak percaya pada perasaan. Istilah tu tak
sepatutnya wujud pada aku, sebab mereka yang ada rasa sebegini sebenarnya bukan
tak sedar perasaan cinta tu tapi sebenarnya mereka cuba
menafikan apa yang mereka rasakan dan cuba berfikir secara rasional tapi
hakikatnya bila mereka telah sesat kesitu tiada lagi rasionalnya. Bila cuba bertindak
rasional makanya akan ada hati yang terluka sama ada silelaki mahupun
seperempuan itu. Makanya sebab itulah aku selalu katakan dan tegaskan dengan
setiap apa yang korang rasa, terus teranglah. Bukanya untuk menunjuk pada dunia
apa yang korang rasa tapi untuk melegakan sendiri apa yang bergelodak dalam
diri korang tu. Kalau korang rasa korang sukakan dia, terus terang sajalah
sebab suka, cinta, dan sayang adalah satu perkara dan perasaan yang berbeza,
bermula dari suka kita akan jatuh sayang dan daripada sayang akan terbitnya
perasaan cinta tapi bila cinta harus difikir dan dirasakan adakah ianya satu
perasaan yang lahir datangnya dari ALLAH atau hanya satu perasaan yang hanya
ingin memiliki atau hanya bersifat nafsu semata-mata. Bila korang kata korang
suka dia, sayang dia atau cinta dia, KITA tak ada hak untuk memaksa dia
membalas apa yang kita rasa sebab mahu TERIMA atau pun tidak itu adalah HAK
dia. Begitulah juga samanya dengan HAK kita untuk meluahkan padanya apa yang
kita rasa. Sama-sama berhak untuk menentukan dan meluahkan apa yang
masing-masing rasa. Memang sakit untuk menerima semuanya jika ianya tak
berbalas, maka itu sipenerima kenalah menolak dengan sopan bukan apa nanti
bimbang apa yang dikatakan akan dimakan diri sendiri. Sebab tu walau apa pun
yang dikatakan orang pada aku, aku hanya lebih suka mendiamkan diri dan hiaskan
bibir dengan senyuman. Tak kisahlah apa pandangan orang dan fikiran orang sebab
apa yang aku dan dia rasa lebih penting, namun ada kalanya aku sendiri khilaf
tatkala rationality tenggelam dilaut emosi.
Kuakui memanglah hati perempuan ni lembut je tapi semua tu
terpulang pada sipemilik hati tu sendiri kalau dibuat lembut maka lembutlah ia,
cuba
dikeraskan, maka keraslah ia. Mudahkan!? Sebenarnya kedua-dua gender sama je
hatinya sebab asal kita sama kan..
yang membezakan itu individu tu sendiri…L lebih keraskn hatinya + EGO +
sembilan akal + 1 nafsu : P hatinya (+-x/ ) + 1 akal + 9 nafsu + < EGO = ???
Natijahnya ? .. hidup
kena pandai fikir, bila berfikir jangan biarkan hanya rationality menguasai
pemikiran ianya harus seiring dengan pengetahuan agama, dan perasaan.
Seketika hatiku terdetik, bila aku terbaca satu petikan
wadah ke madah aku dah tak pasti, katanya jangan mempermainkan perasaan orang
nanti ALLAH berikan kita pasangan yang akan mempermainkan perasaan kita.
Sejenak aku berfikir, aku mainkan perasaan orang ke selama ni? Terasa jahatnya
aku jika begitulah aku, tapi sebenarnya manusia ni dalam sedar dan tidak mereka
sebenarnya ada mempermainkan perasaan orang cuma dalam sedar atau tidak! Mahu
akui ataupun tidak! Mungkin ada yang kata, aku tak mainkan perasaan dia, aku
tak minta dia letakkan sebarang harapan mahupun perasaan padaku tapi sedar atau
tidak sebenarnya perbuatan kita padanya yang membuatkan dia berperasaan dan dia
berharapan serta bermain emosi. Makanya jika itu yang terjadi minta maaf
sajalah, seikhlas hati, bukan kerana maaf itu boleh menyelesaikan segala
masalah tapi perkataan MaaF itu ada kuasanya sendiri. Mampu membantu ianya
membersihkan kelukaan dihati dan melegakan kedua-dua belah pihak, itupun sekiranya
mAAf itu diucapakan seikhlas dan setulus hati.
Firasat! Untunglah pada mereka yang ada kelebihan ini,
mempunyai firasat yang tepat dan sentiasa betul. Bersyukurlah padaNYA. A syukur
dan berterima kasih tapi jarang sekali aku percaya dan gunakannya hingga sejak
akhir-akhir ni A selalu rasakan yang firasatnya salah. Dia dilanda kekeliruan,
mungkin dulu ada rasa bangga dengan kelebihan itu dan tidak gunakannya
langsung. Makanya ia ditarik kembali. Tahniah! Makanya bersyukurlah dengan
hakmu yang masih kamu miliki hingga kita. Dalam hidup kita sentiasa meniti hari
menambah bilangan nombor usia tapi usia bukan penentu kematangan sesebuah
pemikiran. Bukan semua orang matang dalam setiap perkara dan bukan semua orang
berkebolehan dalam setiap perkara. Nobody perfect!
# saat kebosanan sendirian di office~~ mengarut sudah!